Peluang kepada para rating supaya lebih bersedia dalam ujian lisan kelak. Para rating mengucapkan terima kasih kepada Captain M Faizal rakan baik Tuan M Safrin atas taklimat, tunjuk ajar, tips-tips yang amat berguna untuk para rating dalam ujian lisan nanti. Terpulang kepada para rating memanfaatkan masa yang ada.
Antara intipati taklimat oleh kapten termasuklah pengalaman beliau selama lebih 20 tahun menjadi seorang pelaut. Pahit manis kehidupan sebagai pelaut yang terpaksa meniggalkan keluarga, isteri serta anak-anak demi kerjaya. Selain merebut peluang menikmati pendapatan yang lumayan, kerjaya pelaut menjanjikan para pelaut untuk datang ke tempat orang dengan percuma. Mesti berdisiplin, fokus dalam kerja. Para pelaut juga harus bersedia untuk menghadapi perkara-perkara besar yang menimpa keluarga antaranya ialah kematian, sakit tenat dan isteri bersalin. Beliau juga berkongsi pengalaman semasa berada d Timur Tengah apabila beliau menerima berita kematian arwah ayah beliau. Namun semua itu bukan halangan untuk berjaya dalam kerjaya beliau. Tidak terlambat bagi para rating mengucapkan selamat pengantin baru kepada captain semoga bahagia selalu hingga ke anak cucu. Captain juga berharap agar semua rating batch 7 berjaya bergelar A.B selepas enam bulan praktikal daripada jangkaan beliau hanya dalam 15 orang yang akan berjaya.
Beliau mencabar agar kesemua para rating ini berjaya dan bergelar Sarawakian Seaman bagi menaikan martabat negeri Sarawak.
Cayok cayok cayok batch 7
Friday, September 6, 2013
Terima Kasih Captain M Faizal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment