antara cabaran semasa d smtc. rakan-rakan yang lain kena datang ke smtc dan rasa kan pengalaman yang amat menyeronok kan. yang pasti para 11 kadet yang awal menjalani kursus bosiet di smtc telah berjaya. dalam erti kata lain we are survive @ SMTC..tq smtc untuk layanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. terutama kepada tenaga pengajar encik elias dan para pembantunya yang sedia membantu dan juga para petugas di cafeteria masakan anda sangat da bom.
Saturday, October 19, 2013
selamat hari jadi
kami para rating batch 7 Miri ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Tuan M. Safrin Masni. semoga panjang umur di murah kan rezeki. diberkati selalu dan pastinya jangan lupa senyum tuan. senyum itu satu sedekah. hehehe. jangan marah ha ..
Monday, September 30, 2013
taklimat tamat kursus
pengajiaan selama lebih kurang tiga bulan berakhir dengan kisah suka dan duka. ada yang gembira ada yang berduka. ada yang bergitu ada yang bergini. namun, cabaran yang paling besar adalah di atas kapal nanti. kita martabatkan maruah Sarawakian Seaman. chaiyok chaiyok chaiyok
Wednesday, September 25, 2013
Oral week
Para rating sibuk mengulangkaji pelajaran menjelang hari oral esok. Pelbagai ragam dan gelagat para rating mengulangkaji pelajaran. Kelmarin Capt Abdul Latif mengadakan trail oral. Itu sudah sangat menggementarkan para rating. Good luck fellows. Chaiyok chaiyok chaiyok !!!
Friday, September 20, 2013
Majlis Penutupan Kursus di Mega Hotel, Miri
Seawal jam 8 pagi, ibu bapa telah mula datang untuk menghadiri majlis yang bersejarah anak-anak mereka iaitu Majlis Penutupan Kursus Marine di Mega Hotel, Miri. Kesemua 29 pelatih dari PMSB Miri, 29 pelatih dari PMSB Sibu dan 26 pelatih dari Kota Kinabalu dengan diserikan kehadiran YB Dennis Adun Telang Usan, wakil dari Yayasan Sarawak dan wakil dari Unit Perancang Ekonomi Sabah. Turut hadir wakil dari Jabatan Laut, wakil-wakil dari syarikat perkapalan serta ibu bapa pelatih dan saudara mara. Majlis berlangsung dengan cukup meriah dan warna warni dengan diakhiri majlis makan tengah hari di hotel yang sama.
Thursday, September 19, 2013
Juara keseluruhan MIRI
Tahniah Miri Pirates. Kita juara keseluruhan. Tahniah juga kepada kontinjen k.k dan sibu.
Kawad kaki :
juara - Miri
N. Juara- Sibu
2nd runner - k. Kinabalu
Badminton:
Juara-Sibu
Bola Sepak:
Miri dan k. Kinabalu
Tarik tali:
Juara- Miri
n. Juara- k. Kinabalu
2nd runner up- Sibu
Wednesday, September 18, 2013
Juara bersama
Tahniah kontinjen miri. Tahniah jg kepada kontinjen kota kinabalu.
1st match:
sibu 2 vs 3 kota kinabalu
2nd match:
Miri 5 vs 1 sibu
Final:
Miri 0 (2) vs 0 (1) kota kinabalu
*dalam kurungan sepakan panalti oleh 3 pemain.
Kejuaraan milik bersama atas dasar semangat kesukan.
Tahniah Miri Pirates. Tarik tali petang ni. Chaiyok chaiyok chaiyok !!!!
Beraksi bak "bintang"
Bertempat di tung sport miri, karnival sukan PMSB 2013 berlarutan sehingga ke jam 1930H dengan kejuaraan badminton masih belum diketahui. Namun sedikit accident yang tidak diingini berlaku dalam kem Miri. Apa-apa pun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap rating amat memuaskan. Chaiyok chaiyok miri pirates !!!!
Tuesday, September 17, 2013
Terima kasih
Terima kasih kepada Tuan haji Masni, our big bos Tuan M Safrin, jurulatih kawad Encik Nanang serta Encik Haidar, Captain Masni semua staff PMSB termasuk mak yang hari-hari masak untuk kita. Maaf guardian buat silap td. Congratulation batch 7. We are the best, ptg ni badminton. Esok soccer dan tarik tali. Kita sapu kita vacuum habis. Chaiyok chaiyok chaiyok
Tahniah Kontinjen Miri Juara kawad kaki 2013
Tahniah Miri Pirates juara Kawad Kaki. Akhirnya piala kawad pulang ke Miri. Sgala usaha dan penat lelah telah mula membuahkan hasil. Petang ni sukan badminton. Esok perlawanan bola sepak dan tarik tali. Chaiyok chaiyok chaiyok Miri Pirates.
Karnival sukan PMSB ke-3
september 18-19 haribulan akan berlangsungnya karnival sukan PMSB kali ke-3 di kompleks sukan IKBN (Institute Kemahiran Belia Negara). Antara kontinjen yang mengambil bahagian adalah dari Sibu, Kota Kinabalu serta kontinjen tuan rumah Miri. Antara acara yang akan dipertandingkan ialah kawad kaki dan kawad formasi, badminton, tarik tali dan bola sepak. Kontinjen Sibu adalah juara bertahan pada karnival yang lepas yang berlangsung di Sibu. Sekarang adalah peluang terbaik untuk Miri Pirates merampas kejuaraan dari tangan Dragon Fire. Chaiyok chaiyok chaiyok Miri Pirates.
Wednesday, September 11, 2013
usia muda
para rating kali ini boleh dikatakan agak seimbang dari segi umur. semuda 18 tahum sudah bersedia untuk mengharungi badai laut. oleh.kerana usia yang lebih muda, pelatih yang lebih berdarah muda ini cenderung untuk mengikut kata hati berbanding mereka yang lebih berusia. boleh juga dikatakan budak belasan tahun ini kurang fokus dan kurang serius. akibatnya kumpulan menjadi kurang efisien dan tidak mantap. apa-apa pun all the best geng. Chaiyok cayok chaiyok !!!!
Tuesday, September 10, 2013
happy hour with Capt. Masni and En. Lai
latihan tarik tali dan bola sepak dipantau oleh Capt. Masni bersama En. Lai. seperti biasa Capt. Masni dan En. Lai akan memberi wang tunai sebagai hadiah kepada pasukan yang menang. tahniah kepada yang menang yang tak berapa nak menang tu kita menang kat karnival sukan PMSB kali ke-3 di IKBN Miri. chaiyok chaiyok chaiyok Miri Pirates !!!!
Monday, September 9, 2013
Sekitar friendly match Duraclean FC vs PMSB Miri
tak ada plak yang sudi ambil gambar admin time admin main. huhuhu. mungkin admin bukan player utama kot. apa-apa pun congratulation Batch 7 FC. cayok cayok cayok cayok!!!!
3rd friendly match: Duraclean FC vs PMSB Miri
final score:
Duraclean 2 vs 2 PMSB Miri
thanks to M. Hafizan and M. Hanizam who scored one goal each. the team played very well but need more practises, passing, finishing, shooting, above all stamina and team work. we just wait for Tuan M Safrin and Tuan M Norman comments and advices also other strategists to face Sibu and K.K. guys, cayok cayok cayok !!!!!
Saturday, September 7, 2013
lagu paling popular minggu ini
Berikut adalah lagu paling banyak di dengar oleh para rating minggu ini.
https://www.youtube.com/watch?v=6yUJ6BUFKVk&feature=youtube_gdata_player
Friday, September 6, 2013
Terima Kasih Captain M Faizal
Peluang kepada para rating supaya lebih bersedia dalam ujian lisan kelak. Para rating mengucapkan terima kasih kepada Captain M Faizal rakan baik Tuan M Safrin atas taklimat, tunjuk ajar, tips-tips yang amat berguna untuk para rating dalam ujian lisan nanti. Terpulang kepada para rating memanfaatkan masa yang ada.
Antara intipati taklimat oleh kapten termasuklah pengalaman beliau selama lebih 20 tahun menjadi seorang pelaut. Pahit manis kehidupan sebagai pelaut yang terpaksa meniggalkan keluarga, isteri serta anak-anak demi kerjaya. Selain merebut peluang menikmati pendapatan yang lumayan, kerjaya pelaut menjanjikan para pelaut untuk datang ke tempat orang dengan percuma. Mesti berdisiplin, fokus dalam kerja. Para pelaut juga harus bersedia untuk menghadapi perkara-perkara besar yang menimpa keluarga antaranya ialah kematian, sakit tenat dan isteri bersalin. Beliau juga berkongsi pengalaman semasa berada d Timur Tengah apabila beliau menerima berita kematian arwah ayah beliau. Namun semua itu bukan halangan untuk berjaya dalam kerjaya beliau. Tidak terlambat bagi para rating mengucapkan selamat pengantin baru kepada captain semoga bahagia selalu hingga ke anak cucu. Captain juga berharap agar semua rating batch 7 berjaya bergelar A.B selepas enam bulan praktikal daripada jangkaan beliau hanya dalam 15 orang yang akan berjaya.
Beliau mencabar agar kesemua para rating ini berjaya dan bergelar Sarawakian Seaman bagi menaikan martabat negeri Sarawak.
Cayok cayok cayok batch 7
Thursday, September 5, 2013
best wishes from Batch 7
lambat upload atas sebab-sebab teknikal yang gagal untuk dielakan. terima kasih
Wednesday, September 4, 2013
ramah tamah merdeka raya 2013
asatu majlis ramah tamah merdeka raya telah diadakan sempena bulan syawal yang mulia serta hari kemerdekaan bagi negeri Sarawak (22 Julai) serta hari kebangsaan negara (31 Ogos) pembentukan Malaysia (16 September). majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Pengarah Urusan Captain Tuan Pengarah Haji Masni serta Pengarah Cawangan PMSB Miri serta kakitangan dan semua rating. selamat hari raya dan happy Malaysia Day !!!!!
friendly match Petronas Miri vs PMSB Miri
final score Petronas Miri 6-2 PMSB Miri..gol scorer were M. Hafiz and M. Hanizam. good work fellows. cayok cayok cayok!!!!!
Tuesday, September 3, 2013
model feri
P.O dan rakan-rakan rating berhempas pulas menyiapkan model feri sehingga larut malam. hasilnya pagi ini akan dibawa kepada Tuan Safrin untuk dinilai. hehehe. cayok cayok cayok cayok!!!!
Monday, September 2, 2013
berbuat baik
kadang-kadang kita boleh berbuat baik. kadang-kadang kita perlu juga tahu kadang-kadang orang yang menerima kebaikan kita tu hanya untuk mengambil kesempatan sahaja. kadang-kadang dalam kita melakukan dan menjalankan sesuatu kebaikkan kita tidak perlu untuk menunjukkan kebaikan kita di depan orang. umpama tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu. seperti kita melakukan kebaikan di belakang orang lebih baik daripada melakukan kebaikan di depan orang. adakah orang macam tu sekarang? atau semakin bertambah orang yang nampak baik di depan kita tapi di belakang kita masaalah..hehehe..jangan marah ha ..