Saturday, October 19, 2013

bosiet at smtc global

antara cabaran semasa d smtc. rakan-rakan yang lain kena datang ke smtc dan rasa kan pengalaman yang amat menyeronok kan. yang pasti para 11 kadet yang awal menjalani kursus bosiet di smtc telah berjaya. dalam erti kata lain we are survive @ SMTC..tq smtc untuk layanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. terutama kepada tenaga pengajar encik elias dan para pembantunya yang sedia membantu dan juga para petugas di cafeteria masakan anda sangat da bom.

selamat hari jadi

kami para rating batch 7 Miri ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Tuan M. Safrin Masni. semoga panjang umur di murah kan rezeki. diberkati selalu dan pastinya jangan lupa senyum tuan. senyum itu satu sedekah. hehehe. jangan marah ha ..

Monday, September 30, 2013

taklimat tamat kursus

pengajiaan selama lebih kurang tiga bulan berakhir dengan kisah suka dan duka. ada yang gembira ada yang berduka. ada yang bergitu ada yang bergini. namun, cabaran yang paling besar adalah di atas kapal nanti. kita martabatkan maruah Sarawakian Seaman. chaiyok chaiyok chaiyok

Wednesday, September 25, 2013

Oral week

Para rating sibuk mengulangkaji pelajaran menjelang hari oral esok. Pelbagai ragam dan gelagat para rating mengulangkaji pelajaran. Kelmarin Capt Abdul Latif mengadakan trail oral. Itu sudah sangat menggementarkan para rating. Good luck fellows. Chaiyok chaiyok chaiyok !!!

Friday, September 20, 2013

Majlis Penutupan Kursus di Mega Hotel, Miri

Seawal jam 8 pagi, ibu bapa telah mula datang untuk menghadiri majlis yang bersejarah anak-anak mereka iaitu Majlis Penutupan Kursus Marine di Mega Hotel, Miri. Kesemua 29 pelatih dari PMSB Miri, 29 pelatih dari PMSB Sibu dan 26 pelatih dari Kota Kinabalu dengan diserikan kehadiran YB Dennis Adun Telang Usan, wakil dari Yayasan Sarawak dan wakil dari Unit Perancang Ekonomi Sabah. Turut hadir wakil dari Jabatan Laut, wakil-wakil dari syarikat perkapalan serta ibu bapa pelatih dan saudara mara. Majlis berlangsung dengan cukup meriah dan warna warni dengan diakhiri majlis makan tengah hari di hotel yang sama.

Thursday, September 19, 2013

Juara keseluruhan MIRI

Tahniah Miri Pirates. Kita juara keseluruhan. Tahniah juga kepada kontinjen k.k dan sibu.
Kawad kaki :
juara - Miri
N. Juara- Sibu
2nd runner - k. Kinabalu
Badminton:
Juara-Sibu
Bola Sepak:
Miri dan k. Kinabalu
Tarik tali:
Juara- Miri
n. Juara- k. Kinabalu
2nd runner up- Sibu

Wednesday, September 18, 2013

Juara bersama

Tahniah kontinjen miri. Tahniah jg kepada kontinjen kota kinabalu.
1st match:
sibu 2 vs 3 kota kinabalu
2nd match:
Miri 5 vs 1 sibu
Final:
Miri 0 (2) vs 0 (1) kota kinabalu
*dalam kurungan sepakan panalti oleh 3 pemain.
Kejuaraan milik bersama atas dasar semangat kesukan.
Tahniah Miri Pirates. Tarik tali petang ni. Chaiyok chaiyok chaiyok !!!!