Saturday, August 31, 2013
Friday, August 30, 2013
Happy belated birthday
rupa-rupanya ada geng rating yang menyambut hari jadi pada Ogos 29. maaf geng tak alert hari jadi kaban. MR Flana ak Rimba ke 18. semoga panjang umur murah rezeki. diberkati selalu. bahagia sehingga ke anak cucu. (macam wish orang kahwin plak) jangan marah ha.
on Malaysian National Day
para rating bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diamanah. walaupun cuti Hari Kebangsaan, para rating bersemangat untuk menyiapkan feri serta kapal krew bagi dipamerkan nanti. dengar-dengar big bos mahu siap cepat tu. capatan dong
cenderahati dari kami
walaupun para rating dilatih untuk mejadi pelaut, namun para rating dilatihmasih ada bakat seni kraf untuk dijadikan kenang-kenangan kepada para tetamu kehormat pada Majlis Tamat Kursus nanti. walaupun budget yang mengekang serta bakat yang cukup-cukup untuk menyiapkan tugasan ini. namun para rating bersungguh-sungguh untuk menghasilkan satu hasil seni yang akan membawa kenangan yang abadi kepada para tetamu kehormat nanti.
Selamat Hari kebangsaan 2013
Para rating ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke 56.!!!! semoga ia membawa lebih banyak semangat cintakan negara dengan rakyatnya yang menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia.
Thursday, August 29, 2013
kata-kata semangatdari Tuan Pengarah
kehadiran Tuan Pengarah Tuan Haji Masni membakar semangat para rating untuk menghasilkan satu persembahan terbaik pada Majlis Penutupan Kursus pada 21 September 2013
lawatan ke Anjang Shipping Sdn Bhd
pada 29 ogos 2013, para rating berpeluang melawat ke kapal buat kaki kedua selepas bersama Captain Yii ke Semua Muhibah Shipping Sdn Bhd. lawatan ini diiringi oleh chief Nanang ak Lai merangkap tenaga pengajar serta captain Masni Saul. lawatan ini bertujuan mendedahkan para rating kepada keadaan sebenar di dalam engine room serta di dalam bridge. para rating disambut oleh encik Ansuz HSE supervisor, encik Aidiladha HSE Supervisor, serta encik Kit Chiang dan Cik pelatih HSE Supervisor. kami berterima kasih atas lawatan ini terutama kepada pihak syarikat, para pengiring. Captain Iriadi serta chief Engineer Chief Engine Lau. banyak pengetahuan yang kami para rating perolehi walaupun berlumba dengan masa yang terhad. terima kasih juga kepda pihak akademi kerana sudi memberi kami peluang menimba ilmu terus dari kapal. terima kasihi
boleh mula menghitung hari
para rating sudah mula sibuk dengan tugasan tamat kursus seperti kawad kaki, bola sepak, tarian, cenderamata kepada tetamu kehormat, dan banyak lagi.
